Couple & Taaruf

💐Taaruf VS couple💐

"Hai manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kalian dari seorang lelaki dan seorang wanita,lalu menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kaliang saling mengenal" (ta'aruf) (QS. Al Hujuray:13)

💐 Perbezaan Couple & taaruf💐

👉Pertama,secara bahsa ta'ruf bermakna 'berkenalan' atau 'saling mengenali'. Tujuan dari berkenalan tersebut adalah untuk mencari jodoh. Taaruf secara syarie merupakan perkenalan sebelum nikah dan diperintahkan oleh Rasulullah SAW bg pasangan yang ingin bernikah. Jika rasa tidak sesuai maka boleh sudahi taarufnya.

👉Perbezaan hakiki antara couple dengan taaruf adalah dari segi tujuan dan manfaat. Jika tujuan couple lebih kepada kenikmatan zina,dan maksiat. Taaruf jelas sekali tujuannya iaitu untuk mengetahui kriteria calon pasangan..

👉Kedua,taaruf itu lebih jujur dan adil. Ketika masa perkenalan ianya diisi dengan  saling bertukar-tukar maklumat dari masing-masing mengenai apa yang baik mahupun buruknya. Bahkan jika kita ini seorang pemarah sebaiknya diberitahu kepada calon kita agar tidak menimbulkan kekecewaan di kemudian hari..

👉Begitu pula dengan kekurangan-kekurangan yang lain,tidak tahu memasak mempunyai penyakit dan lain-lainnya..
Kedua belah pihak harus jujur dalam menyampaikannya. Maklumat diri bukan terhad dari pasangan tersebut sahaja bahkan dari orang2 dengannya. Ini berbezakan dengan mereka yng bercouple penuh dengan sifat pura-pura yang menunjukkan diri baik supaya tidak nampak kekurangan..

👉Ketiga,melalui taaruf seseorang itu akan berusaha untuk mengenali calon dan mengumpul maklumat pasangannya dalam waktu sesingkat mungkin kerana tujuannya tadi kerana kedua belah pihak telah bersedia untuk bernikah dan sedia menerima kekurangan diri.. Sedangkan yang bercouple masih belum mengenal pasangan sehingga mengambil jangka masa waktu yang sangat lama akibat dimabukkan oleh cinta..

👉Akibat banyak perkara2 terlarang yang timbul sehingga terlupa tujuan Allah menciptakan kita manusia firmanNya " Dan tidak Kuciptakan jin dan manusia utk beribadah kepadaku". (QS 51:56).

👉Islam melindungi umatnya dengan melarang melakukan perkara2 buruk dan maksiat,firmanNya " Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu pekerjaan yang keji dan suatu jalan yang buruk (QS 15:32). Maka umat islam telah diberitahu supaya jangan mendekati zina,dan perkara ini hendaklah dihindari..

💐Proses Taaruf💐

👉Keterikatan hubungan itu tidaklah dalam jangka masa waktu yang panjang dimana pihak pasangan terpaksa menunggu untuk mendapat keserasian dalam sesuatu hubungan,dengan kata lain jika ada keserasian jangka waktu taaruf ke khitbah (lamaran) dan ke akad nikah tidak terlalu lama..

👉Apakah jaminan saat proses menunggu iti tidak ada syaitan yang menganggu,mengoda dan mengajak utk melakukan perkara2 maksiat? Jelas tujuannya adalah utk memenuhi sunnah Rasulullah iaitu bernikah..

👉Lebih bersifat terbuka dalam mendekati hubungan yang lebih serius tiada istilah malu2 kerana apabila diri telah sedia utk bernikah maka proses taaruf disegerakan.tetapi jika malu yang menguasai maka proses taaruf tidak akan terjadi

👉Etika bertaaruf iaitu cinta itu mmg asyik maka jgn terburu2 menjatuhkan diri dalam alam percintaan. Kenali pasangan dengan mendalam jangan yakin tanpa petunjuk..

👉Kenali keperibadiannya dengan dalam serta latar belakang keluarganya dan ikatan mengenali itu tidak lama utk menghindari godaan syaitan yg lebih dasyat.jika ada kekurangan pertimbangkan dengan fikiran yg sihat sehinggakan keputusan yang akhir pun tetap berdasarkan dialog dengan Allah iaitu solat istikharah. Bukan kerana berdasarkan nafsu cinta..

👉Dengan demikian jelaslah cara yang ditunjukkan oleh syariat utk mengenal pasangan yang hendak dilamar adalah dengan mencari keterangan pasangan melalui seseorang yang mengenalnya,baik tentang dirinya,sifat dan lain2 yang diperlukan demi mashalahat pernikahan. Ternyata taaruf banyak kelebihan berbanding couple dan diredhai Allah. Carilah kebahagiaan dunia dan akhirat,jangan mencari kesulitan..