Soalannya, “Boleh tak buat post tentang zina hati??Ana teringin nak tahu..”
Sabda Rasulullah…“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).
Rujukan: Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.
Sebelum itu, semua org pasti sudah
maklum dengan perkara berkaitan hati. Apabila disebut hati, maka tak
boleh lari dari ilmu ‘Tasawwuf’. Jadi, jelas ianya bukanlah sesuatu yang
boleh diterangkan oleh org2 sebarangan.
Berikut adalah soalan2 famous yang telah menerjahku sejak zina hati semakin berleluasa kebelakangan ini..
Kemusykilan Pertama: “Apakah maksud detail zina hati?”
Al-jawab: Jika dilihat di atas, zina hati diterjemahkan kepada 3 iaitu:
- Berhasrat.
- Berharap.
- Membanyangi.
Jika dilihat dari terjemahan melayu yang
lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini.
Walaubagaimanapun, huraiannya tidaklah menyimpang jauh ke mana. Maaf,
matan hadis dalam bahasa arab tidak dapat diletakkan atas beberapa masalah.
Baiklah, mari kita lihat dulu mengapa ia
dinamakan zina hati. Berbalik kepada Al-Qur’an: “janganlah kamu
mendekati zina” (al-isra’:32)
Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi
semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam
bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah “mendekati”. Dari sini, kita
dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah
“perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan”. Harap maklum.
Kemusykilan Kedua: “Adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asyik teringat padanya, itu termasuk zina hati?”
Al-jawab: Islam adalah agama yang
menghormati fitrah manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga
bukanlah sewenang2nya diikuti sehingga menimbulkan fitnah. Dalam keadaan
ini, perasaan minat pada manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah itu
termsuk fitrah yang dilarang atau yg dihalalkan?
Jawapannya, perasaan minat kepada
seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah
manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak secara
berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi tinggal solat, termenung x
tentu pasal, dan lain2). Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga
wara’nya ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah
dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh
merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi,
sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.
Kemusykilan Ketiga: “Abeh tu, apakah yang termasuk dalam zina hati?”
Al-jawab: Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati. Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak…
Ia boleh jika kita minat padanya
sehingga kita terbayang2 pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah
yang ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi. Membayangkan
seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih
melarat. Lebih2 lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu
secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan
dilarang keras dalam Islam.
(Rujukan: Minhajul ‘Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu ‘Atoillah)
KESIMPULAN
Sesuatu yang kita wajar jaga semestinya
kita perlu jaga. Begitu juga perkara2 yang dikatakan halal dalam islam
tapi boleh mendatangkan kepada haram. Sekiranya kita mampu dan berdaya
untuk menjauhkan daripadanya, jauhkanlah dan jagalah dirimu.
Seperti juga kemusykilan kedua tadi.
Perasaan minat tidak boleh dilawan kerana ianya akan meletup dan
memudharatkan diri serta orang lain. Tapi, sebaiknya DIKAWAL. Contoh
terbaik ialah bagaimana Imam Syafie’. Ketika dia mengadu kenapa pada
hari itu dia susah untuk mengingati hafalannya. Apabila disuruh
mengingati dosanya, lalu teringat dia tatkala dalam perjalanan, dia
TERnampak betis seorang wanita yng kainnya ditiup angin. Seperti kita
maklum, pandangan pertama itu bukanlah haram, tapi walaupun halal,
tetapi ianya tetap mendatangkan kesan kepada hatinya.
Namun, bagi mereka yang sudahpun dilanda
oleh perkara2 seperti ini dan tidak dapat lagi menjauhkan diri, lalu
disarankan janganlah terus sahaja melawan perasaan dengan alasan tadi.
Sesudngguhnya, apa halal itu tetap halal sekiranya kita dapat KAWAL.
Tiada salahnya memendam perasaa pada seseorang. Tetapi janganlah
sehingga berlaku kesan pada diri sendiri dan manusia skeliling yg tidak
elok.
TAPI, PERASAAN ITU TIDAK SALAH.. YANG SALAHNYA IALAH PERBUATAN YANG LAHIR DARIPADA PERASAAN ITU.
Credit : XX